RT News melaporkan, kea­daan itu secara tidak langsung menunjukkan haiwan berkenaan pernah diserang manusia, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pencinta haiwan mengenai nasib aligator di Amerika Syarikat (AS).

Menurut wanita yang berjaya merakam gambar aligator tersebut, Erin Weaver, dia berasa sakit hati apabila melihat buaya itu berenang dalam air dengan pisau tertusuk pada kepalanya.

“Saya ingin bantu aligator ter­sebut kerana saya tahu haiwan itu pasti terseksa dengan pisau tertusuk pada kepalanya. Cuba bayangkan jika kita berada dalam keadaan itu?,” katanya.

Biarpun banyak pihak melahirkan rasa bimbang dengan nasib haiwan itu, aligator kebiasannya merupakan haiwan tahan lasak berikutan kulitnya yang tebal dan mempunyai darah berantibiotik, menyebabkannya ia sukar dijangkiti kuman atau penyakit.

Pakar haiwan berpendapat bahawa aligator itu boleh mati sekiranya lebih satu pisau tertusuk pada badannya.

Dalam pada itu, agensi hidupan liar Texas akan cuba membantu mengeluarkan pisau ber­kenaan dari aligator tersebut minggu depan.

Sementara itu, kisah aligator tersebut mendapat perhati­an pengguna Twitter, malah ne­tizen menganggapnya sebagai duta Texas malah ada juga yang menggelarnya sebagai ‘unikorn Texas’. – AGENSI