Sekiranya resolusi itu diluluskan, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet perlu menjalankan laporan bertulis komprehensif terhadap situasi hak asasi manusia di Filipina selama setahun.

Resolusi itu menerima kecaman daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Jurucakap Duterte, Salvador Panelo menyifatkan resolusi itu sebagai ‘usaha berniat jahat terbaharu terhadap Duterte’ dan pihaknya menjangkakan ia akan gagal. - AFP