Jurucakap suruhanjaya berkenaan, S.M. Asaduzzaman berkata, pihaknya akan bertindak sekiranya dakwaan itu disahkan.

“Dakwaan itu muncul di seluruh negara dan sedang disiasat. Sekiranya kami mendapat sebarang pengesahan daripada saluran kami, tindakan akan diambil,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 40 calon pakatan parti pembangkang menarik diri daripada bertanding susulan dakwaan berlakunya manipulasi terhadap undian.

Hampir 287 calon parti pakatan diketuai oleh Parti Nasionalis Bangladesh bertanding dalam pilihan raya kali ini. - REUTERS