Warga asing kini hanya memerlukan deposit AS$500,000 (RM2.06 juta) dalam bank-bank Turki berbanding AS$3 juta (RM12.4 juta) sebelum ini manakala pelaburan kewangan tetap dikurangkan dari AS$2 juta (RM8.3 juta) kepada AS$500,000.

Sementara itu, individu boleh memperoleh hak kerakyatan jika mempunyai seramai 50 kakitangan, kurang daripada 100 orang sebelum ini.

Mereka yang mempunyai hartanah bernilai AS$250,000 (RM1.03 juta) boleh menjadi warganegara Turki berbanding sebelum ini yang memerlukan seseorang memiliki hartanah bernilai AS$1 juta (RM4.1 juta).

Dekri yang diumumkan Erdogan itu adalah beberapa siri dekri yang dilancarkannya untuk meningkatkan nilai matawang lira ekoran kelembapan ekonomi sejak kebelakangan ini. - AFP