Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menggesa pihak berkuasa tempatan China untuk melindungi kebebasan beragama dan identiti kebudayaan di wilayah tersebut.

“Kami menggesa pihak berkuasa China dan mengharapkan hak asasi manusia termasuklah kebebasan beragama dihormati dan perlindungan sepenuhnya terhadap identiti kebudayaan Uighur serta Muslim lain dijaga,” katanya seperti dipetik oleh Reuters.