Hal ini kerana, pasangan tersebut mempunyai perbezaan usia sehingga 28 tahun, selain pengantin perempuan juga masih di bawah umur.

Rustam Ashary, 41 tahun bernikah dengan kekasihnya yang hanya dikenali sebagai SW berusia 13 tahun selepas ber­kenalan menerusi Facebook.

Pasangan tersebut berkahwin pada Rabu lalu dan majlis pernikahan mereka mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk media tempatan.

Menurut ibu pengantin pe­rempuan, Nurhayati, anaknya berkahwin dengan Rustam atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan dilakukan.

“Mereka berkenalan dalam Facebook pada mulanya dan lama kelamaan, mereka jatuh cinta dan membuat keputusan untuk berkahwin.

“Ketika keluarga Rustam datang melamar anak saya, kami sekeluarga menerima dengan hati terbuka dan merestui hubungan mereka biarpun perbezaan umur yang jauh,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Tribun News.

Bapa SW juga berharap perkahwinan anak perempuannya dengan Rustam berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat mereka. – AGENSI