Portal Oddity Central mela­porkan, kebanyakan daripada 117,000 orang pengikut Oz dalam laman media sosial itu percaya, model tersebut memiliki sepasang mata terbesar di dunia.

Walaupun mata Oz kelihatan tidak normal, sebahagian pengikutnya percaya wanita itu menggunakan perisian penyuntingan untuk mengubah penampilannya apatah lagi dia menyifatkan dirinya sebagai artis visual yang pernah me­nyunting foto miliknya.

Oz bagaimanapun mene­gaskan dia memang memiliki mata yang besar.

Model itu berkata, selepas menjalani pembedahan apendiks pada 2016, dia cuba menceburi bidang fotografi dan video sehingga fotonya berjaya menarik perhatian rang ramai.

Portal Obozrevatel melaporkan, Oz tidak ambil peduli dengan kritikan warganet termasuk menuduh mengubah wajahnya semata-mata untuk menarik perhatian.

Oz pernah bekerja dengan beberapa jenama seperti Elle Magazine, Bulgari atau Atlas dan berharap agar dapat membina kerjaya dalam pembuatan video dan ilustrasi. – AGENSI.