Menerusi kicauan di Twitter semalam, Trump mengucapkan takziah kepada rakyat New Zealand.

“Takziah dengan penuh simpati terhadap penduduk New Zealand selepas insiden pembunuhan beramai-ramai yang kejam di masjid.

“49 orang tidak bersalah dibunuh dan lebih ramai lagi cedera. AS menyokong New Zealand dengan segala yang termampu,” kata Trump seperti dipetik oleh Press TV.