Lapor Reuters, gesaan itu dibuat susulan dua insiden tembakan rambang di Texas dan Ohio yang mengorbankan 29 orang.

Trump berkata, kematian kesemua mangsa tidak akan 'disia-siakan' dan menyeru kedua-dua parti politik untuk mengambil langkah tegas bagi pembeli senjata api.

"Kita tidak membiarkan mereka yang terkorban di El Paso, Texas dan Dayton, Ohio mati secara sia-sia. Begitu juga mereka yang tercedera.

"Republikan dan Demokrat perlu bekerjasama dan meluluskan pemeriksaan latar belakang yang tegas, mungkin menyatukan undang-undang itu dengan reformasi imigresen yang diperlukan," kata Trump menerusi Twitter hari ini. - AGENSI