Membawa bantuan kemanusian tersebut adalah penting untuk Guaido yang telah mengecam pemilihan semula Maduro sebagai penipuan sebelum mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden sementara pada Januari lalu dan mendapat sokongan kira-kira 50 negara.

Beliau telah memberi tempoh hingga Sabtu ini kepada kerajaan Maduro untuk membenarkan misi penghantaran bantuan AS ke negara ini yang kini berdepan krisis kemanusian akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan selain hiperinflasi.

Trump berkata kepada penyokong dan ekspatriat Venezuela di Miami, beliau mempunyai mesej untuk pegawai yang membantu mengekalkan Maduro.

“Mata seluruh dunia adalah pada kamu hari ini, setiap hari dan hari pada mendatang. Kamu boleh memilih untuk menerima tawaran pengampunan daripada Guaido dan jalani kehidupan secara aman damai dengan keluarga.

“Atau membuat pilihan kedua iaitu terus menyokong Maduro. Jika memilih laluan ini, kamu tidak dapat mencari pelabuhan yang selamat, tiada jalan keluar yang mudah dan tiada jalan keluar,” katanya. -AFP