Ketika mendarat, Trump membuat kicauan Twitter dengan memanggil Sadiq ‘stone cold loser’ kerana mengkritik layanan karpet merah termasuk makan tengah hari peribadi dan makan malam negara dianjurkan Queen Elizabeth II.

Katanya, Sadiq ‘melakukan tugas yang teruk sebagai Datuk Bandar London, telah secara bodoh ‘bersikap jahat’ kepada Presiden AS melawat, setakat ini sekutu paling penting kepada United Kingdom.

“Dia merupakan ‘stone cold loser’ yang patut menumpukan kepada jenayah di London, bukannya saya,” katanya.

Kedua pemimpin itu mempunyai sejarah panjang hubungan buruk yang mana sekali-sekala bertengkar dalam Twitter.

Terdahulu, Sadiq menulis artikel dalam akhbar semalam yang membandingkan pemimpin AS kepada diktator Eropah dari 1930an dan 1940an. - AFP