Bukan kerana sombong tetapi kata Chloe, dia menjadi begitu kerana kisah silam yang membabitkan bapanya menyebabkan dia hilang kepercayaan terhadap golongan lelaki.

Bapanya membuat keputusan meninggalkan ibu dan empat adik-beradiknya yang lain ketika Chloe berusia 14 tahun dan perkara itu menyebabkan dirinya berasa trauma untuk mempercayai lelaki.

“Dalam dunia hiburan, satu perkara yang biasa kalau saya katakan saya tidak mudah untuk mempercayai orang. Namun dalam kehidupan peribadi saya trauma kerana tindakan ayah.

“Namun saya berupaya untuk memulihkan semangat kembali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terutama hal berkaitan hubungan dengan lelaki.

“Pada awalnya saya tak sedar kelakuan saya terhadap lelaki yang agak dingin sehinggalah satu hari saya sendiri cuba berubah dan memberi peluang untuk percaya bahawa tak semua lelaki sama,” katanya.

Mengharungi kelangsungan hidup dengan ibunya, kata Chloe, dia memuji semangat ibunya yang tabah membesarkan dia dan empat adik-beradiknya yang lain sebagai seorang ibu tunggal.

Bagaimanapun Chloe mengatakan bahawa dia sehingga kini belum bersedia untuk memaafkan bapanya meski hal itu telah lama berlalu.

“Saya tak nampak jalan yang menyaksikan saya mampu memaafkan bapa saya. Bagi saya yang dilakukan oleh dia terhadap kami tidak boleh dimaafkan. Saya cuma mahu meneruskan hidup saya sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, kata Chloe, dia juga berbangga kerana mempunyai empat orang adik beradik lelaki yang benar-benar menjaga dia dan ibu mereka.

“Mereka sudah seperti bapa untuk saya malah pengawal peribadi untuk saya,” katanya yanng merupakan teman wanita kepada anak David Beckham, Brooklyn Beckham.