Menurut polis, kemalangan yang turut mengorbankan seorang bayi berusia sebulan itu berlaku apabila trak yang membawa buluh terbalik dekat kem yang menempatkan beribu-ribu pelarian Rohingya.

Kebanyakan pelarian terbabit tinggal dalam khemah yang diperbuat daripada buluh dan plastik di lereng bukit di Cox’s Bazar.

Sejak Ogos tahun lalu, jumlah pelarian Rohingya meningkat berikutan operasi pembunuhan etnik Rohingya yang dilancarkan tentera Myanmar. - Reuters