Menurutnya, kekejaman itu direka untuk memecah dan menghancurkan penduduk New Zealand.

“Serangan tersebut diinspirasikan daripada kebencian dan tindakan itu dirancang untuk memecah belah perpaduan yang kita semai selama ini.

“Perbuatan berkenaan sebaliknya lebih menyatukan kita kerana ia menimbulkan perasaan kasih dan sayang tidak berbelah bahagi, tanpa mengira asal usul serta keturunan,” katanya.

Upacara terbabit yang bertemakan ‘Kita Adalah Satu’ ditayangkan secara langsung oleh stesen televisyen rasmi New Zealand.

Azra Chida yang datang dari Auckland berkata, beliau kehilangan dua sahabat karib, Linda Armstrong dan Ata Elayyan dalam serangan itu.

“Saya hadir untuk bertemu keluarga mereka dan memberikan penghormatan serta melawat mangsa di hospital,” katanya sebelum upacara bermula. -AFP