Pertuduhan itu merupakan yang pertama melibatkan anggota polis sejak Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menjalankan kempen memerangi dadah.

Polis menyatakan remaja berusia 17 tahun itu yang dikenali sebagai Kian delos Santos adalah pengedar dadah dan melepaskan tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Bagaimanapun, rakaman kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua anggota polis mengheret remaja berkenaan yang tidak bersenjata sebelum dia ditembak mati.

Menurut saksi kejadian, remaja itu merayu kepada anggota polis untuk tidak membunuhnya.

“Saya berasa sangat gembira kerana ini membuktikan anak saya tidak bersalah dan tidak pernah terbabit dalam kegiatan dadah,” kata ibu kepada delos Santos, Lorenza kepada wartawan. - AFP