Kejadian itu berlaku di lebuh raya pekan Atimonan, wilayah Quezon.

Pemandu dan pembantu pemandu trak tersebut serta seorang penumpang terkorban di tempat kejadian.

Menurut polis, bas terbabit dalam perjalanan ke wilayah Bicol, selatan Manila manakala trak itu menuju ke arah Manila.

Siasatan awal mendapati pemandu bas cuba memotong beberapa kenderaan di laluan dua hala lebuh raya berkenaan ketika ia bertembung dengan trak itu.

Kesemua yang cedera dibawa ke hospital berdekatan. - BERNAMA