Jurucakap tentera, Mejar Ezra Balagtey berkata, Nafisa Pundog yang bersembunyi sejak dua tahun lalu selepas melarikan diri dari penjara ditahan bandar General Santos.

Suami wanita itu, Human Abdul Najib alias Abu Dar merupakan pemimpin baharu kumpulan Maute yang berjaya menawan bandar Marawi selama lima bulan pada tahun lalu.

``Nafisa tidak melawan ketika ditahan,’’ kata Balagtey selain memberitahu beberapa bahan untuk membuat bom turut dirampas di tempat persembunyian terbabit.

Sebelum penahanan dilakukan, pihak tentera telah menembak mati Najib Pundog yang disyaki pembuat bom tidak jauh dari kawasan persembunyian Nafisa.

Nafisa dan Najib tidak mempunyai hubungan kekeluargaan walaupun memiliki nama kedua yang sama namun nama mereka tersenarai dalam arahan Presiden Rodrigo Duterte untuk ditahan. - Reuters