Channel News Asia melaporkan dakwaan itu dibuat oleh badan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Namun kerajaan Myanmar menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan pasukan tenteranya hanya bertindak memerangi pergerakan militan Rohingya di Utara Rakhine.

Tentera Myanmar bertempur dengan pemberontak etnik di Rakhine dan Chin. Arakan merupakan kumpulan pemberontak yang menuntut kuasa autonomi bagi kedua-dua negeri berkenaan.- AGENSI