Pasukan keselamatan kini sedang memerangi kumpulan yang mahukan lebih autonomi bagi negara etnik Rakhine penganut Buddha, Tentera Arakan (AA).

Ribuan tentera telah digerakkan ke bahagian barat negara yang mana menyaksikan pengusiran besar-besaran sekitar ratusan ribu Rohingya Muslim pada 2017.

Penyiasat-penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, keganasan terhadap Rohingya bersamaan kepada ‘penghapusan etnik’.

Lebih 30,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka dalam pertemnpuran dengan AA sejak Januari lalu.

Menurut sumber, tentera digerakkan ke Kampung Kyauk Tan, memisahkan lelaki berusia antara 15 dan 50 tahun pada Selasa lalu.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Zaw Min Tun memberitahu, seramai 275 orang ‘ditahan sementara di sekolah kampung untuk siasatan’.

Bagaimanapun, tembakan dilepaskan awal pagi tadi selepas beberapa tahanan cuba ‘menyerang anggota keselamatan’ yang tidak mempunyai pilihan lain iaitu melepaskan tembakan.