Jurucakap tentera Israel berkata, kira-kira 100 orang penduduk Palestin terlibat dalam insiden yang disifatkannya sebagai rusuhan ganas yang menyaksikan mereka melontar batu ke arah tentera rejim.

“Sebagai tindak balas terhadap ancaman itu, tentera melepaskan tembakan dengan tujuan meleraikan rusuhan,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, seorang lelaki ditembak di bahagian dada dengan penduduk Kampung Nabi Saleh menjelaskan pertempuran itu berlaku selepas solat Jumaat. - REUTERS