Hamas melancarkan dua serangan roket terhadap Israel pada lewat semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam bedilan dari Gaza dalam tempoh kurang dari seminggu.

Tambah kenyataan itu, tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan dalam serangan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, sebagai tindak balas, rejim Zionis menyerang dengan menyasarkan kemudahan milik tentera laut Hamas di utara Semenanjung Gaza.

Seorang sumber anggota keselamatan Palestin memberitahu AFP bahawa pangkalan tentera laut di barat bandar Gaza telah diserang beberapa kali oleh pesawat Israel. – AFP.