Jurucakap tentera Isreal, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus berkata, tentera Yahudi telah mengenal pasti jumlah terowong yang digali dari Lubnan ke Israel dari sebelah utara.

Setakat ini katanya, tentera Israel mengehadkan operasinya di sebelah wilayahnya dan tidak sampai ke sebelah Lubnan dengan sebahagian kawasan berkenaan sudah dipagari.

Laluan itu dikatakan mempunyai saluran bekalan udara selama 24 jam melalui jana kuasa bawah tanah selain sistem untuk melindungi peralatan senjata. -REUTERS