Bagaimanapun, tentera Israel menyatakan ia disebabkan kesilapan identiti.

Gabenor Nablus, Ibrahim Ramadan berkata. dua anggota keselamatannya mengalami cedera ringan dalam kejadian pada awal pagi bersebelahan ibu pejabat mereka.

Katanya, Israel menyatakan mereka ditembak dahulu lantas membalas tembakan.

“Di mana terletaknya ibu pejabat? Ia berada di tengah Nablus.

“Apa yang dibuat tentera Israel di Nablus? Apa dibuat mereka berhampiran ibu pejabat ini? Tiada sebarang koordinasi dalam hal ini,” katanya.

Tentera Israel dalam kenyataan berkata, pasukan mereka dalam operasi menahan suspek militan apabila melepaskan tembakan yang kemudian merupakan sasaran salah.

Mengikut Perjanjian Oslo antara Israel dan Nablus yang mana berada sepenuhnya dibawah pentadbiran dan keselamatan Palestin.

Namun, Israel sering menghantar tenteranya bila-bila masa dilihat perlu untuk keselamatan mereka. - AFP