Lapor BBC, sekumpulan jurutera menjalankan kerja-kerja mengepam air dari Takungan Air Toddbrook namun sekiranya ia pecah, bakal menenggelamkan Jambatan Whaley di Derbyshire.

Pihak polis telah memaklumkan kepada 6,500 penduduk supaya berkumpul di sebuah sekolah tempatan serta diarahkan membawa sekali binatang peliharaan dan ubat-ubatan.

Amaran banjir teruk telah dikeluarkan untuk Sungai Goyt yang terletak di bawah takungan air terbabit. - AGENSI