Dilaporkan, rakyat Palestin itu menyeberang ke Israel dari sempadan Gaza dan menembak ke arah tentera sehingga mencetuskan tembakan balas yang menyebabkannya terbunuh dan tiga tentera Israel tercedera.

Menurut tentera itu, sebuah kereta perisai Israel turut menyasarkan pos pejuang Hamas selepas kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi.

Dilaporkan, seorang pegawai tentera mengalami kecederaan sederhana manakala dua askar cedera ringan akibat tembakan dari rakyat Palestin itu.

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus berkata, tentera Israel percaya individu itu merupakan anggota kumpulan militan Hamas namun bertindak secara sendiri.

Ketegangan berlaku di sempadan Gaza sejak protes harian dan pertempuran pada Mac 2018.

Sekurang-kurangnya 297 rakyat Palestin terbunuh di Gaza atau kawasan sempadan oleh tentera Israel yang mana sebahagian besarnya ketika demonstrasi dan pertempuran. - AFP.