Stuff New Zealand melaporkan, Tarrant, 28, dijangka muncul melalui pautan video di Mahkamah Tinggi Christchurch esok (Jumaat) untuk kali kedua sejak didakwa melakukan pembunuhan di Masjid Al Noor dan Linwood.

Polis dalam kenyataan memberitahu, beberapa dakwaan lain ke atasnya masih dipertimbangkan.

Tarrant kini ditempatkan dalam pengawasan berskala tinggi di Penjara Auckland di Paramoremo.

Dalam pada itu, media tempatan dan antarabangsa membuat 12 permohonan untuk merakam dan mengambil gambar kemunculan suspek di mahkamah.

Bagaimanapun kesemua permohonan berkenaan ditolak Hakim Mahkamah Tinggi, Ca­meron Mander.

Terdahulu, tertuduh memaklumkan kepada peguamnya bahawa dia ingin mewakili diri sendiri dalam prosiding tersebut.

Sumber mendedahkan Tarrant juga membuat aduan telah dihalang menerima kunjungan luar dan tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon dari dalam penjara.

“Dia kini diletakkan dalam pemantauan dan pengasi­ngan berterusan. Oleh itu, dia tidak dibenarkan membuat panggilan telefon atau mene­rima kunjungan,” jelas sumber tersebut.