Kejadian itu berlaku di sebuah kem haram susulan hujan lebat di Andes.

Kawasan kem yang terpencil menyukarkan polis dan pasukan penyelamat untuk tiba di lokasi kejadian.

"Setakat ini kita menemukan tujuh mayat," jelas Datuk Bandar, Fabian Vargas sambil menambah terdapat 50 kediaman sementara di dalam kem tersebut.

Terdapat beberapa kem-kem pelombongan haram di wilayah tersebut yang kebanyakannya melakukan pelombongan emas.

Agensi kecemasan Peru memberitahu, pasukan tentera dan polis dikerahkan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Namun operasi tersebut berdepan kesukaran ekoran hujan lebat yang berterusan.

Beberapa minggu lalu, 10 terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Andes.

Beribu-ribu pelombong bekerja secara haram di Peru. - AFP