Lapor Mail Online, gambar tersebut dimuat naik dalam akaun Instagram Presiden Disneyland Resort, Josh D’Amaro yang menyifatkan gambar itu sebagai satu sepanjang zaman.

Tarikan seluas 5.6 hektar yang ditunggu-tunggu itu akan mempunyai tunggangan, kedai-kedai menjual droid peribadi dan pedang cahaya (lightsa­ber) serta makanan minuman berkaitan Star Wars.

Pusat itu menerima jumlah kedatangan ramai pe­ngunjung setelah dibuka pada 31 Mei lalu ketika ‘stormtroopers’ dijangka membantu melayani para pe­ngunjung.

Disney yang menghasilkan Galaxy’s Edge membuatkan peminat merasakan mereka se­perti berada dalam filem Star Wars dengan reka bentuk seakan kota kara planet yang jauh.

Tarikan utama Star Wars: Galaxy’s Edge ialah replika gergasi Millennium Falcon dengan pelawat dapat berlegar dalam dewan kapal angkasa itu di samping berdepan pertempuran dengan Tie Fighters.

Bagi tiga minggu pertama pembukaan, pelawat perlu menunjukkan bukti tempahan untuk masuk dan dihadkan hanya empat jam untuk berada di dalam satu taman tema terbesar Disney itu.

Selain itu, satu lagi tarikan, Star Wars: Rise of the Resistance akan dibuka dalam tahun ini.

Dalam pada itu, Star Wars: Galaxy’s Edge yang sama juga akan dibuka kepada pelanggan di Disney World Resort Florida pada 29 Ogos nanti. – AGENSI