Semalam, kumpulan pemberontak diketuai oleh bekas sekutu militan al-Qaeda iaitu Hayat Tahrir al-Sham menawan kampung Hamameyat di wilayah Idlib.

Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, pertempuran itu mengorbankan 41 anggota tentera kerajaan dan 30 orang pemberontak.

“Pertempuran masih berterusan kerana pesawat dan meriam tentera menyerang kawasan itu,” kata ketua pertubuhan terbabit, Rami Abdel Rahman. - AFP