Tindakan itu mencetuskan kemarahan Taiwan yang menyifatkannya sebagai `tindakan biadab’ Beijing yang menggunakan pengaruh politik dan ekonomi untuk memberi tekanan kepada firma antarabangsa.

Pentadbiran Penerbangan Awam China telah menghantar notis kepada berpuluh-puluh syarikat penerbangan di seluruh dunia pada April lalu meminta mereka mematuhi standard Beijing dan menetapkan hari ini sebagai tarikh akhir untuk melakukan perubahan itu. - AFP