Ketua Pesuruhjaya Pilihan Rayanya, K. M. Nurul Huda berkata, permintaan tersebut adalah mustahil untuk dibuat.

“Mustahil untuk kita melakukan pilihan raya baharu kerana ianya telah dijalankan secara aman,” katanya kepada pemberita hari ini.

Parti Liga Awami Bangladesh yang diketuai Perdana Menteri, Sheikh Hasina menang tiga penggal berturut-turut dalam pilihan raya umum negara itu semalam. - REUTERS