Enam keping surat itu dikirim kepada pekerja Istana Buckingham, Cyril Dickman sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

Antara yang diceritakan Diana adalah aksi anak sulungnya, Putera William yang memeluk dan mencium adik­nya, Harry yang baru lahir tanpa henti.

Surat-surat itu dijual di pusat lelongan Cheffins di tengah London.

Diana dalam surat yang ditulis lima hari selepas kelahiran Harry pada tahun 1984 menya­takan kegembiraan dengan aksi anak-anaknya.

“William menyaya­ngi adiknya dan meng­habiskan banyak masa dengan Harry. Dia sentiasa memeluk dan mencium adiknya. Dia juga tidak membenarkan kami (ibu bapanya) mendekati mereka,” tulisnya.

Puteri Diana yang maut dalam kemalangan kereta di Paris pada tahun 1997 turut memberitahu Dickman tentang masalah disiplin Harry menjelang satu lawatan ke Asia pada tahun 1992.

“Anak-anak ini dalam keadaan baik dan menikmati kehidupan di asrama walaupun Harry sering terlibat dalam masalah!,” tulis Diana.

Koleksi sebanyak 40 surat termasuk kad ucapan hari Krismas, sepotong kek dari Ratu Elizabeth II dan sekeping nota yang dihantar dari pemerintah Britain tersebut mencapai jualan terkumpul sebanyak 55,000 pound (RM304,446).

Dickman merupakan tokoh paling dihormati di Istana Buckingham sebelum bersara pada tahun 1992. – AFP