Wanita berkenaan yang berusia 31 tahun tidak menyangka perkara tersebut menjadi punca sikap dingin suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumahtangga mereka.

Menerusi perkongsian dalam laman Reddit, wanita tersebut memberitahu suaminya mula menjauhkan diri darinya sejak perayaan Krismas yang lalu.

Berang dengan keadaan tersebut, wanita itu memaksa suaminya untuk berlaku jujur dan memberitahu perkara sebenar kepadanya.

“Katanya dia tidak gembira melihat wajah saya ketika senyum atau ketawa dan menyarankan agar saya menggunakan botox,” tulis wanita itu dalam laman tersebut.-AGENSI