Ujian itu adalah sebahagian daripada usaha Singapura untuk memperkenalkan kenderaan tanpa pemandu di seluruh negara.

Menurut syarikat yang bertanggungjawab dalam ujian itu, ST Engineering, empat bas mini tanpa pemandu akan melalui laluan sepanjang 5.7 kilometer di Pulau Sentosa bermula 26 Ogos hingga 15 November.

Pelawat boleh menggunakan aplikasi di telefon pintar mereka untuk menempah bas mini terbabit, yang akan mengambil dan menghantar mereka ke destinasi terpilih seperti kelab golf, pantai dan kubu bersejarah.

Bas-bas berkenaan mempunyai pemandu untuk mengawalnya sekiranya perlu. - AFP