Bersama kita mendayung sepeda, Kita lestarikan Kesultanan Siak, Sebab merupakan aset bangsa dan negara.”

Demikian pantun yang diungkapkan oleh Datuk Seri Wira Kesuma, Wan Abu Bakar ketika upacara pengukuhan Lembaga Kesultanan Siak dan pemberian anugerah gelar adat yang diadakan di Gedung Lembaga Adat Kabupaten Siak di sini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob serta tokoh usahawan terkenal, Tan Sri Syed Mohd. Yusof Tun Syed Nasir yang turut dikurnia gelaran Timbalan Mangku Bumi Mangku Diraja, Lembaga Kesultanan Siak.

Menurut Wan Abu Bakar, kerajaan Siak memberikan sumbangan besar kepada Indonesia apabila ikut bersama mempertahankan Republik Indonesia dan nama harum Siak harus dipertahankan.

“Anak-anak muda ini perlu diadakan pendidikan yang sesuai dengan budaya kerajaan Siak. Sudah banyak yang tidak tahu mengenainya. Siak mesti menjadi pelopor utama kebudayaan Mela­yu dan syariah Islam,” katanya.

Gesaan beliau turut disokong kuat oleh Syed Mohd. Yusof atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo yang mahu anak muda terus pertahankan institusi Ke­sultanan Siak.

Jelas beliau, untuk itu, anak muda Siak perlu dibangunkan di bumi sendiri agar tidak ‘merantau’ ke luar sehingga menghakis jati diri mereka.

“Mereka ini perlu dibangunkan dan bersama mempertahankan Kesultanan Siak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam majlis itu, Mohd. Khalil dikurnia darjah kebesaran Orang Kaya Datuk Maharaja Siak. Tengku Muchtar Tengku Anum pula dikurnia gelaran Mangku Bumi Mangku Diraja manakala Tengku Mohammad Toha Tengku Ahmad Dalan (Timbalan Mangku Bumi Mangku Diraja).

Sementara itu, Bupati Siak, Drs. H. Alfedri berkata, pihaknya berharap institusi Kesultanan Siak akan mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi menjaga dan memelihara institusi berkenaan.

Beliau juga melahirkan harapan agar Siak Sri Indrapura dapat memperkenalkan dan mengukuhkan sistem ekonomi dan kewangan syariah serta meles­tarikan kebudayaan Melayu.