Shakira dan Vives sebelum didakwa memplagiat sebahagian melodi dan lirik lagu ‘Yo te quiero tanto’ nyanyian penyanyi Cuba, Livam untuk dimuatkan dalam lagu popular mereka iaitu ‘La Bicicleta’.

“Tiada unsur plagiat seperti didakwa oleh plaintif,” kata mahkamah berkenaan.

Pada Mac lalu, Shakira, 42, yang kini tinggal di Barcelona memberitahu, dia tidak pernah mendengar lagu nyanyian Livam itu.

Malahan, Vives juga berkata dia tidak tahu mengenai lagu berkenaan atau Livam.

La Bicicleta memenangi dua daripada tiga anugerah Grammy Latino pada 2016. - AFP