Badan pemantau hak asasi Syria berkata, sebanyak 12 orang awam terbunuh di Kampung Jabal al-Zawiya, tenggara Idlib manakala empat lagi maut dalam serangan udara di selatan wilayah tersebut.

Serangan itu memusnahkan kedai dan mengakibatkan tubuh mangsa terkorban berkecai ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa di sebalik runtuhan.

Dalam kejadian di utara Idlib dekat wilayah Hama, serangan roket tentera kerajaan membunuh 11 orang pemberontak, sehari selepas pertempuran sengit dekat kawasan itu mengakibatkan 55 orang terbunuh termasuk 14 askar kerajaan. - AFP