Setiausaha Perbendaharaan, Gabriel Makhlouf berkata, beliau telah merujuk perkara tersebut kepada polis atas nasihat perkhidmatan perisikan.

Katanya, pengodam menyerang sistem kerajaan 2,000 kali dalam tempoh 48 jam dengan menyaksikan mereka mendapat dokumen berkait dengan bajet yang tidak dikeluarkan sehingga Khamis ini.

“Pengodam dapat menembusi dan memperolehi sebahagian maklumat bukan kesemua bajet berkenaan,” katanya kepada Radio New Zealand, hari ini. - AFP