Menurut pihak berkuasa, jumlah kematian daripada kejadian tersebut meningkat kepada 13 orang.

Hujan lebat ekoran monsun semalam memerangkap lebih 40 orang selepas bangunan runtuh di kawasan Dongri yang sesak pada selatan Mumbai.

Jurucakap National Disaster Response Force (NDRF), Sachidanand Gawde berkata, pihaknya menyelamatkan Alima Indrasi, 28 dengan dua anaknya awal pagi tadi.

“Dia mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan namun anaknya didapati sudah tidak bernyawa.

“Kita berharap masih ada mangsa yang hidup,” katanya. - AFP