Rex Jasper Lopoz, 41, yang merupakan seorang peguam, dibunuh ketika hendak masuk ke dalam kenderaannya yang terletak di kawasan parkir pusat beli belah tersebut.

Lopoz merupakan antara 38 orang peguam yang dibunuh sejak Rodrigo Duterte mula memegang jawatan sebagai Presiden Filipina pada 2016.

Ahli keluarganya dalam pada itu percaya kematian Lopoz berkait rapat kes dadah yang dikendalikannya.-HRW