Polis menerima laporan berkenaan insiden tersebut sekitar 10.40 malam waktu tempatan.

Mangsa berusia 37 tahun ditemukan terbaring atas jalan dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi lelaki berusia 35 tahun kritikal dengan kesan tikaman dan kini dirawat di hospital.

Empat lagi mangsa, berumur antara 30 hingga 40 tahun turut mengalami kecederaan serius.

Proses bedah siasat terhadap mangsa yang meninggal dunia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Polis dalam pada itu, berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai suspek utama serangan tersebut.- AGENSI