The Straits Times melaporkan, Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerima maklumat kebakaran di Jalan Buroh pada pukul 5.10 petang tadi.

Sebanyak 35 kenderaan kecemasan dan 120 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran melibatkan ratusan silinder gas petroleum cecair (LPG) pelbagai saiz di fasiliti yang seluas dua padang bola sepak.