Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 200 meter di selatan jalan Mangapai.

Lapor New Zealand Herald, polis dalam kenyataan memberitahu, beberapa lagi mangsa mengalami cedera parah susulan kemalangan tersebut.

Ketua Bomba dan Kecemasan, Scott Osmund berkata, kesemua yang terperangkap dalam kenderaan mereka ketika kemalangan berlaku telah berjaya dikeluarkan dengan selamat sekitar pukul 5.30 petang waktu tempatan.- AGENSI