Lapor portal The West, rakaman tersebut dimuat naik oleh wartawan agensi berita ABC, Henry Belot di Twitternya.

Insiden tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kemarahan orang ramai berhubung kenyataan kontroversi dilontarkan oleh Anning berkaitan insiden tembakan rambang di Christchurch semalam.

Semalam, Anning menyalahkan kesemua mangsa menjadi punca kematian mereka sendiri.

Beliau turut menuding jari terhadap program imigresen yang membenarkan golongan Muslim untuk berhijrah ke New Zealand.