Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam kenyataan hari ini berkata, penangguhan sementara tersebut melibatkan operasi semua jenis pesawat Boeing 737 Max.

“Penangguhan itu berikutan dua kemalangan maut dua pesawat melibatkan Boeing 737 Max dalam tempoh tidak kurang dari lima bulan.

“Ia berkuat kuasa dari 2 petang hari ini,” jelas kenyataan itu.

Penerbangan SilkAir yang mempunyai enam pesawat Boeing 737 Max akan terkesan dengan penangguhan berkenaan.

Syarikat penerbangan lain yang beroperasi menggunakan pesawat Boeing 737 Max ke Singapura ialah China Southern Airlines, Garuda Indonesia, Shandong Airlines dan Thai Lion Air,

Tambahnya, CAAS juga bekerjasama dengan Lapangan Terbang Changi dan syarikat penerbangan yang terjejas bagi mengurangkan impak kepada para penumpang.

“Ketika tempoh penangguhan itu, CAAS akan mengumpul lebih maklumat dan menyemak semula risiko keselamatan berkaitan dengan operasi pesawat Boeing 737 Max ke dalam dan luar Singapura.