Ampika Patitang, 26, didakwa membawa masuk kesemua pil tersebut ke dalam negara itu dari Belanda.

Sementara itu, dua lagi suspek, Wararat Chanthamas, 26 dan Songpon Thamiya, 34 telah dibebaskan kerana ketiadaan bukti yang mencukupi.

Kesemua mereka didakwa atas dua kesalahan, bekerjasama menyeludup pil ecstasy ke dalam negara dan memiliki dadah tanpa kebenaran.

Ampika dan Wararat ditahan 8 Mac tahun lalu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi bersama 5,731 pil ecstasy seberat 2.6 kilogram manakala Songpon pula ditahan pada 1 Mac, tahun lalu di lapangan terbang yang sama.- AGENSI