Daily Mail melaporkan, sedutan filem itu mula tersebar ke seluruh dunia sejak semalam.

Watak Rey yang dilakonkan oleh Daisy Ridley, dilihat memegang pedang saber cahaya merah berkembar ketika bertarung dengan Kylo Ren, lakonan Adam Driver.

Pada akhir klip video itu, nafas kuat Darth Vader dapat didengari, mengesahkan watak itu ‘masih hidup’ dalam filem Skywalker terakhir ini.

Klip video berkenaan dimulakan dengan sedutan daripada francais filem tersebut termasuk kemunculan watak Luke, Leia dan Han daripada filem Star Wars: A New Hope pada 1977.

Terdapat rakaman tambahan daripada dua filem awal yang lain, The Empire Strikes Back dan The Return of the Jedi sebagai muzik dramatik dimainkan pada latar belakang.

Peminat juga diingatkan filem berkenaan adalah ‘cerita generasi’.