Lapor BBC, menerusi kaedah itu, pesakit boleh makan sendiri, bersolek, memusingkan kunci, memegang wang dan menaip pada komputer.

Seorang pesakit, Paul Robinson, 36, dari Brisbane berkata, pembedahan inovatif itu telah memberikan kebebasan yang tidak pernah dibayangkannya.

Walaupun fungsi asal saraf tidak dipulihkan sepenuhnya namun menurut doktor, pemulihan itu disifatkan mengu­bah kehidupan pesakit.

Pesakit yang diuji masih mampu menggerakkan beberapa otot pada lengan atas mereka dan saraf yang berfungsi dari saraf tunjang ke otot-otot itu kemudiannya disambung semula

Menerusi kaedah tersebut, saraf tunjang akan dipotong dan disambungkan kepada saraf yang mengawal otot-otot lain dalam badan manusia untuk mencetuskan pergerakan seperti me­ngangkat, membuka dan menutup tangan.

“Tumpuan diberikan kepada dua tempat iaitu membuka dan menutup tangan selain kemampuan meregang siku untuk mencapai sesuatu.

“Namun ia bergantung kepada tahap kecede­raan pesakit,” kata Dr. Natasha van Zyl.

Kata Van Zyl, sejumlah besar daripada 250,000 pesakit di dunia yang mengalami kecederaan saraf tunjang boleh mendapat manfaat daripada kaedah itu.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Lancet, sebanyak 59 proses pemindahan saraf dilakukan terhadap 16 pesakit namun empat percubaan gagal termasuk dua pesakit yang mengalami kecacatan deria rasa kekal. – AGENSI