Video berkenaan diha­silkan oleh organisasi kebajikan, Save The Children, di mana Ronaldo dilantik sebagai duta.

Di dalam tweet tersebut, Ro­nal­do me­nulis; “Mesti kuat. Berkeyaki­­nan. Jangan putus asa.”

Sehingga kini, video terbabit mendapat 17,800 retweet dan 45,200 like.

Ini bukan kali pertama bintang bola sepak itu bekerjasama dengan organisasi tersebut dalam membantu kanak-kanak di Syria.

Pada 2016, dia turut memuat naik video untuk memberi sokongan kepada mereka dan Save The Children mengumumkan Ronaldo membuat sumba­ngan kepada organisasi itu namun enggan mendedahkan jumlah wang tersebut kepada umum.

Ronaldo memang dikenali kerana sikapnya yang sering melakukan kerja amal di seluruh dunia.

Antaranya, dia tidak pernah mencacah tatu di badannya ke­rana sering menderma darah dan Ronaldo turut menggalakkan orang ramai berbuat demikian.

Malah dia pernah melelong beberapa trofi yang pernah diperoleh sepanjang kariernya bagi membantu mangsa yang terbabit da­lam konflik di seluruh dunia.