Abcnews mela­porkan, ini berikutan ratusan ribu pelarian Rohingya tidak mempu­nyai pilihan selain berdepan ancaman keselamatan sekiranya mereka kembali ke Myanmar.

YANGHEE LEE
YANGHEE LEE 

Utusan khas hak asasi manusia PBB di Myanmar, Yanghee Lee berkata, agak jelas pelarian Rohingya tersebut tidak boleh pulang ke negara asal mereka dalam masa terdekat.

Katanya, keganasan yang dilakukan tentera Myan­mar di wilayah Ra­khine terhadap etnik minoriti itu mengakibatkan mereka terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.

Malah beliau menegaskan, segala bentuk keganasan terhadap etnik minoriti lain di Myanmar perlu dihentikan segera.

“Keganasan dilakukan adalah satu bentuk kekejaman terhadap golongan minoriti termasuk Rohingya, Kayin, Kachin dan Shan. Ia harus ditamatkan.

“Kita harus pikul tanggungjawab untuk menghentikan sebarang kempen pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya selain jenayah perang serta kekejaman terhadap kemanusiaan harus di hentikan,” katanya.

Beliau menghabiskan tempoh 10 hari di Bangladesh dan Thailand bertemu pelarian Rohingya, pihak kerajaan, wakil PBB, agensi dan pakar-pakar antarabangsa. – AGENSI